Kes harian tertinggi 22,242

PUTRAJAYA 18 Ogos – Kes harian Covid-19 sekali lagi merekodkan angka tertinggi sebanyak 22,242 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini meningkat kepada 1,466,512 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan

angka Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini sebanyak 254,484 kes.

Sebanyak 1,060 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 540 kes daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, 10,635 kes berada dalam kategori satu iaitu tidak mempunyai gejala dan daripada jumlah yang dinyatakan 84.2 peratus masih belum atau tidak lengkap mendapatkan vaksinasi.

Sebanyak 11,177 kes lagi berada dalam kategori dua iaitu mempunyai gejala ringan dan 83.2 peratus belum lengkap menerima vaksin dan kategori tiga yang mempunyai radang paru-paru (144 kes) iaitu 84.7 peratus belum lengkap mendapat vaksin.

Bagi kategori empat (79 kes) memerlukan bantuan oksigen serta 87.3 peratus belum mendapat vaksin dan kategori lima (207) kes berada dalam tahap kritikal dan 90.8 peratus tidak lengkap mendapat vaksin.

Sementara itu, sebanyak 225 kes kematian dilaporkan di negara ini dengan 35 kes daripadanya dilaporkan sebelum tiba di hospital (BID) yang menjadikan jumlah keseluruhan angka korban di negara ini ialah 13,302 kes.

Seperti sebelum ini, Selangor menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes kematian iaitu 74 kes, Johor 37, Kuala Lumpur 24, Sabah 18, Pulau Pinang 15, Kedah 14, Perak 9, Negeri Sembilan 8, Melaka 7, masing-masing enam kes di Kelantan dan Pahang, Terengganu 5 dan Sarawak 2.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan setakat 12 tengah hari ini terdapat 19,680 kes sembuh sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sudah pulih di negara ini ialah 1,198,726 kes.

Related posts

Leave a Comment