Thailand catat kematian tertinggi

BANGKOK 18 Ogos – Thailand merekodkan 312 kematian hari ini, yang tertinggi setakat ini mengatasi rekod terdahulu 239 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 8,285 orang meninggal dunia.

Bagi kes jangkitan pula sebanyak 20,515 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 968,957 kes.

Daripada 20,515 kes, 20,498 adalah kes tempatan dan 17 kes import.

Sebanyak 22,682 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 753,119 orang.

Bangkok antara yang mencatatkan kematian tertinggi dengan 78 kes sementara 70 lagi di wilayah sekitarnya iaitu Samut Prakan (25), Pathum Thani (18), Samut Sakhon (17), Nakhon Pathom (6) dan Nonthaburi (4).

Bangkok juga merekodkan kes tertinggi dengan 4,154 kes, di samping 1,820 di Samut Sakhon, Samut Prakan 1,335, Chon Buri 1,206, Nonthaburi 756, Nakhon Ratchasima 719, Chachoengsao 632, Si Sa Ket 471, Nakhon Pathom 468 dan  Ayutthaya 437.

Setakat semalam, 207,553 orang menerima rawatan di mana 5,458 dalam keadaan serius dan 1,155 memerlukan bantuan alat pernafasan .

Related posts

Leave a Comment