Kes di Brunei Darussalam kini 946

BANDAR SERI BEGAWAN 18 Ogos – Brunei Darussalam merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 hari ini dengan mencatatkan 94 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 946 kes.

Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar pada sidang media situasi terkini jangkitan Covid-19 petang ini memberitahu, satu kluster baharu juga dikesan.

Kluster yang menambah kes harian adalah Kluster Champion 7 & Related Vessels Cluster (22), Kluster Chung Hua KB (16), Kluster BSP HQ Block M (8), Kluster Dragonboat (6), Kluster ABCi (2), Kluster IBTE KB (2), Kluster 477 (1), Kluster Imigresen (1), Kluster Aker (2) dan Kluster Starlodge (1).

Tiga kes yang dikaitkan dengan kes 674 yang dilaporkan pada 15 Ogos lalu kini dikenali sebagai Kluster Lorong Tengah manakala 30 lagi kes tidak diketahui punca jangkitan.

Kesemua kes ini adalah mereka yang dikuarantin setelah mempunyai kontak dengan beberapa kes positif sebelum ini.

Sementara itu lima kes yang menerima rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pulih 338 orang manakala kes aktif pula sebanyak 605.

Daripada 605 kes aktif itu, tiga kes dalam keadaan kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan manakala 10 lagi dalam pemantauan rapi di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

Daripada 13 ini, hanya seorang telah mendapat vaksinasi penuh.

Related posts

Leave a Comment