Semua ahli Parlimen Pas calon Ismail

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Pas sebulat suara menyokong pencalonan Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sokongan itu hadir daripada semua 18 Ahli Parlimen mereka.

“Kita sokong sepenuhnya dan SD (akaun bersumpah) sudah siap untuk kita hantar (Istana Negara) petang ini. Kita sudah pun buat keputusan.

“(Di peringkat) Pas tiada isu lagi, semua 18 (Ahli Parlimen) ‘solid’ kita beri sokongan (kepada Ismail Sabri),” katanya ditemui media di lobi Menara Dato Onn’ hari ini.

Terdahulu, Tuan Ibrahim bersama pemimpin Pas antaranya Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Ahli Pimpinan Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hadir mesyuarat di ibu pejabat UMNO itu bersama pemimpin UMNO.

Related posts

Leave a Comment