11,085 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 11,085 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif meningkat kepada 1,776,495.

Setakat pukul 4 petang, sebanyak 11,628 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,640,721 pesakit pulih atau 92.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, 161 orang meninggal dunia akibat Covid-19 sekali gus meningkatkan jumlah kematian kepada 30,623 orang.

Sebanyak 105,151 kes aktif dilaporkan atau 5.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment