Sembilan negeri catat 4 digit

PUTRAJAYA 18 Ogos – Sembilan negeri merekodkan angka empat digit bagi kes jangkitan harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini dengan didahului Selangor yang merekodkan 6,858 berbanding 5,753 semalam.

Wilayah Persekutuan Labuan yang sifar kes semalam merekodkan lima kes sementara Perlis menambah kes dari 37 semalam kepada 50 hari ini.

Negeri yang mencatatkan empat digit adalah Sabah yang merekodkan 2,413, angka yang terus meningkat berbanding 2,103 semalam disusuli Pulau Pinang 1,867 (1,275), Kedah 1,852 (1,863), Kuala Lumpur 1,587 (1,765).

Johor juga menunjukkan peningkatan kes harian dengan 1,477 (1,309), Sarawak 1,403 (835),  Kelantan 1,351 (1,268) dan Perak 1,036 (1,101).

Tiga negeri lagi merekodkan lebih 500 kes iaitu Pahang 675 berbanding 670 semalam, Melaka 579 (623), dan Negeri Sembilan 577 (490) sementara Terengganu 487 (498) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 25 berbanding 41 semalam.

Related posts

Leave a Comment