Kes di Indonesia di bawah 20,000

JAKARTA 16 Ogos – Indonesia merekodkan kes baharu yang semakin rendah, di bawah 20,000 kes apabila mencatatkan 17,384 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,871,738 kes. Lima wilayah merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jawa Tengah 3,803, Jawa Barat 2,095, Jawa Timur 1,559, Bali 888 dan Sumatera Utara 821 kes. Kes sembuh pula bertambah apabila 29,926 pesakit pulih yang membawa kepada jumlah kumulatif 3,381,884 orang. Jawa Barat mencatatkan kes sembuh yang tinggi iaitu 4,157  diikuti Jawa Tengah 4,115, Jawa Timur 3.784, Kalimantan Timur 1.892 serta Riau 1.684.  Kes kematian tertinggi pula berlaku…

Read More

Arab Saudi catat 604 kes baharu

RIYADH 16 Ogos – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi masih di bawah 700 kes, hari keempat apabila merekodkan 604 kes berbanding 681 kes (13 Ogos), 609 (14 Ogos) dan 542 (15 Ogos), Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), tujuh lagi kematian dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 8,419 orang manakala jumlah keseluruhan kes pula sebanyak 539,129. Sebanyak 1,011 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 524,061 orang. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 170 diikuti Makkah 97, daerah Timur 67 dan Jazan 59. Terdapat 6,649 kes…

Read More

SD : Bersatu serah pada Muhyiddin

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi mandat kepada Presidennya, Muhyiddin Yassin, menentukan pendirian parti itu dalam isu akuan bersumpah (SD) menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu. Keputusan itu dicapai dalam pertemuan beberapa pemimpin Bersatu dan Ahli Parlimen serta wakil parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, petang ini. Isu SD bagi menyokong Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera daripada UMNO itu, dikatakan dibuat Ahli Parlimen PN, jika Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri. Bercakap kepada…

Read More

Brunei Darussalam tambah 64 kes

BANDAR SERI BEGAWAN 16 Ogos – Brunei Darussalam hari ini terus mencatatkan jangkitan baharu Covid-19 dengan merekodkan 64 kes, semuanya kes tempatan yang menjadikan jumlah keseluruhan 787 kes. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar pada sidang media situasi terkini jangkitan Covid-19 juga memberitahu, dua kluster baharu dikesan manakala 24 kes masih belum dapat dipastikan sumber jangkitan. Katanya, Kluster Semporna Enak merekodkan 10 kes, Kluster Chung Hua (10), Kluster ABCi (4), Kluster Champion 7 (4), Kluster BSP HQ (3), Kluster Al-Falah-Freda Radin (2), Kluster 477 (1) dan Kluster IBTE KB (1).…

Read More

Vaksinasi syarat lawat wad hospital

SINGAPURA 16 Ogos – Lawatan ke wad hospital di Singapura dibenarkan semula mulai Khamis ini dengan syarat pelawat lengkap divaksinasi atau menunjukkan ujian negatif Covid-19 yang sah. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) langkah ini bertujuan mengurangkan risiko Covid-19 dibawa masuk ke hospital dan melindungi kapasiti hospital. Lawatan ke hospital digantung selama dua minggu setelah lebih banyak kes Covid-19 dalam masyarakat dkesan, termasuk dalam kalangan kakitangan dan pesakit hospital. Pelawat yang sudah divaksin akan diminta menunjukkan status vaksinasi mereka di HealthHub atau aplikasi TraceTogether sebagai bukti vaksinasi. Bagi pelawat yang tidak divaksinasi…

Read More

PUTRAJAYA 16 Ogos – Kes harian Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 19,740 kes berbanding 20,546 yang direkodkan semalam menjadikan  jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 1,424,639 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 249,277 kes. Daripada 19,740 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 298 kes (1.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala 19,442 kes (98.5 peratus)  terdiri daripada kategori 1 dan 2. Selain itu, katanya sebanyak 274 kes kematian baharu direkodkan menjadikan angka kumulatif kini sebanyak 12,784…

Read More

KKM hargai PM, menteri, timbalan

PUTRAJAYA 16 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Muhyiddin Yassin dan kepemimpinan kerajaan yang memberi sokongan kepada kementerian itu dalam menghadapi pandemik Covid-19. Ketua Setiausahanya, Mohd Shafiq Abdullah, berkata warga KKM juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, atas kepemimpinan dan pengorbanan yang dicurahkan ketika menerajui KKM dalam saat getir negara berhadapan wabak itu. Begitu juga dengan dokongan teguh tanpa berbelah-bahagi daripada, Timbalan Menteri Kesihatan I, Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Kesihatan II,  Aaron Ago Dagang yang…

Read More

Kes 9 negeri lepasi 1,000 kes

PUTRAJAYA 16 Ogos – Sembilan negeri merekodkan jumlah kes empat digit didahului Selangor yang mencatatkan 5,706 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 518,360 kes. Sabah pula mencatatkan 1,728 kes meningkat sedikit berbanding 1,665 semalam, Kedah 1,592 (1,596), Sarawak 1,566 (963), Johor 1,510 (1,508), Kuala Lumpur 1,360 (1,442), Pulau Pinang 1,251 (1,111), Kelantan 1,227 (1,025), dan Melaka 1,120 Sementara itu Perak yang merekodkan 1,069 kes semalam hari ini menunjukkan penurunan kepada 938, Terengganu 688 (534), Pahang 646 (926), Negeri Sembilan 343 (698), Putrajaya 43 (47), Perlis 20…

Read More

53 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 16 Ogos – Singapura melaporkan 48 kes baharu Covid-19 jangkitan tempatan dan lima kes import setakat tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif 66,225 kes. Daripada jumlah itu, sembilan  tanpa hubung kait, 32 jangkitan berhubung kait kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikenakan kuarantin dan tujuh kes yang berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan. Terdapat juga lima kes import yang kesemuanya dikesan setibanya di Singapura dan dikenakan notis jangan keluar rumah. Sementara itu sembilan kluster ditutup dan 102 kluster masih aktif . Setakat Sabtu, hampir 8.4 juta dos vaksin Covid-19 diberikan di…

Read More