Arab Saudi catat 604 kes baharu

RIYADH 16 Ogos – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi masih di bawah 700 kes, hari keempat apabila merekodkan 604 kes berbanding 681 kes (13 Ogos), 609 (14 Ogos) dan 542 (15 Ogos),

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), tujuh lagi kematian dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 8,419 orang manakala jumlah keseluruhan kes pula sebanyak 539,129.

Sebanyak 1,011 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 524,061 orang.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 170 diikuti Makkah 97, daerah Timur 67 dan Jazan 59.

Terdapat 6,649 kes aktif dan 1,332 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, MoH semalam mengumumkan perkhidmatan  pemberian vaksin untuk kumpulan umur “70 tahun dan lebih tua” di rumah mereka bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang tua yang layak mendapat vaksinasi.

Perkhidmatan ini akan diberikan oleh kakitangan perubatan yang berkelayakan, dengan cara yang memastikan penyediaan rawatan kesihatan untuk kategori ini, dengan mempertimbangkan semua langkah pencegahan dan pencegahan.

Related posts

Leave a Comment