Kes 9 negeri lepasi 1,000 kes

PUTRAJAYA 16 Ogos – Sembilan negeri merekodkan jumlah kes empat digit didahului Selangor yang mencatatkan 5,706 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 518,360 kes.

Sabah pula mencatatkan 1,728 kes meningkat sedikit berbanding 1,665 semalam, Kedah 1,592 (1,596), Sarawak 1,566 (963), Johor 1,510 (1,508), Kuala Lumpur 1,360 (1,442), Pulau Pinang 1,251 (1,111), Kelantan 1,227 (1,025), dan Melaka 1,120

Sementara itu Perak yang merekodkan 1,069 kes semalam hari ini menunjukkan penurunan kepada 938, Terengganu 688 (534), Pahang 646 (926), Negeri Sembilan 343 (698), Putrajaya 43 (47), Perlis 20 (21) dan Labuan 2 (3).

Related posts

Leave a Comment