KKM hargai PM, menteri, timbalan

PUTRAJAYA 16 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Muhyiddin Yassin dan kepemimpinan kerajaan yang memberi sokongan kepada kementerian itu dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Ketua Setiausahanya, Mohd Shafiq Abdullah, berkata warga KKM juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, atas kepemimpinan dan pengorbanan yang dicurahkan ketika menerajui KKM dalam saat getir negara berhadapan wabak itu.

Begitu juga dengan dokongan teguh tanpa berbelah-bahagi daripada, Timbalan Menteri Kesihatan I, Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Kesihatan II,  Aaron Ago Dagang yang juga melaksanakan tanggungjawab dengan penuh cemerlang.

Beliau berkata, warga KKM amat menghargai jasa bakti semua kepemimpinan kerajaan yang sentiasa mesra dan prihatin, khususnya kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di hospital, klinik dan juga lapangan.

Related posts

Leave a Comment