53 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 16 Ogos – Singapura melaporkan 48 kes baharu Covid-19 jangkitan tempatan dan lima kes import setakat tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif 66,225 kes.

Daripada jumlah itu, sembilan  tanpa hubung kait, 32 jangkitan berhubung kait kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikenakan kuarantin dan tujuh kes yang berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan.

Terdapat juga lima kes import yang kesemuanya dikesan setibanya di Singapura dan dikenakan notis jangan keluar rumah.

Sementara itu sembilan kluster ditutup dan 102 kluster masih aktif .

Setakat Sabtu, hampir 8.4 juta dos vaksin Covid-19 diberikan di bawah program vaksinasi nasional, dengan lebih 4.1 juta penduduk sudah selesai menjalani rejim vaksinasi pada Sabtu.

Selain itu, 147,528 dos vaksin lain yang diiktiraf dalam senarai kegunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diberikan pada Sabtu, meliputi 85,536 orang.

Related posts

Leave a Comment