Brunei Darussalam tambah 64 kes

BANDAR SERI BEGAWAN 16 Ogos – Brunei Darussalam hari ini terus mencatatkan jangkitan baharu Covid-19 dengan merekodkan 64 kes, semuanya kes tempatan yang menjadikan jumlah keseluruhan 787 kes.

Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar pada sidang media situasi terkini jangkitan Covid-19 juga memberitahu, dua kluster baharu dikesan manakala 24 kes masih belum dapat dipastikan sumber jangkitan.

Katanya, Kluster Semporna Enak merekodkan 10 kes, Kluster Chung Hua (10),

Kluster ABCi (4), Kluster Champion 7 (4), Kluster BSP HQ (3), Kluster Al-Falah-Freda Radin (2), Kluster 477 (1) dan Kluster IBTE KB (1).

Dua kes (765 & 766) berkaitan dengan kes 635 direkodkan pada 13 Ogos dikenali sebagai Kluster 635.

Manakala dua lagi kes baharu ( 774 dan 776) berkait dengan kes 630 yang dilaporkan pada 14 Ogos dan dikenali Kluster SKH Gadong manakala satu lagi kes (755), berkait dengan kes 573 direkodkan pada 13 Ogos.

Sementara itu 64 kes aktif baharu direkodkan menjadikan 451 kes di mana dua dalam keadaan kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan dan lima lagi diberi pemantauan rapi. Mereka belum dilengkapi vaksinasi.

Tiga kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 333 kes.

Related posts

Leave a Comment