Kes di Indonesia di bawah 20,000

JAKARTA 16 Ogos – Indonesia merekodkan kes baharu yang semakin rendah, di bawah 20,000 kes apabila mencatatkan 17,384 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,871,738 kes.

Lima wilayah merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jawa Tengah 3,803, Jawa Barat 2,095, Jawa Timur 1,559, Bali 888 dan Sumatera Utara 821 kes.

Kes sembuh pula bertambah apabila 29,926 pesakit pulih yang membawa kepada jumlah kumulatif 3,381,884 orang.

Jawa Barat mencatatkan kes sembuh yang tinggi iaitu 4,157  diikuti Jawa Tengah 4,115, Jawa Timur 3.784, Kalimantan Timur 1.892 serta Riau 1.684. 

Kes kematian tertinggi pula berlaku di Jawa Tengah dengan 368 kes, Jawa Timur 236, Kalimantan Timur 71 , Jawa Barat 65 dan Bali 48.

Kes aktif tertinggi pula direkodkan di Jawa Barat sebanyak 62,027, Jawa Tengah 33.839 kes, Jawa Timur 31,662, Sumatera Utara 28,230 dan Yogyakarta 26.193 kes.

Bagi kes kematian tertinggi pula dilaporkan di Jawa Tengah sebanyak 368 kes, Jawa Timur 236, Kalimantan Timur 71 , Jawa Barat 65 dan Bali 48.

Sementara itu, bagi program vaksinasi, penerima dos pertama adalah 694.558 orang yang menjadikan jumlah keseluruhan 54.382.680 manakala penerima dos kedua. 412,701 menjadikan jumlah keseluruhan 28,524,986.

Related posts

Leave a Comment