Kes harian Arab Saudi turun

RIYADH 11 Ogos – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes jangkitan harian di bawah 1,000 apabila merekodkan 751 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 535,927 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian yang dilaporkan adalah sembilan orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 535,927. Pada masa yang sama, sebanyak 1,389 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 517,379. Makkah merekodkan 147 kes diikuti daerah timur sebanyak 111, Riyadh 107, dan Asir 86 kes jangkitan.;. Sementara itu, Kementerian Kesihatan menjelaskan seseorang yang dijangkiti Covid-19 setelah divaksinasi…

Read More

Kes Covid-19 ibu hamil meningkat

PUTRAJAYA 11 Ogos – Sebanyak 3,396 kes Covid-19 yang dikesan sejak Mac 2020 hingga Jun lalu, membabitkan ibu hamil, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya jumlah kes membabitkan golongan itu dikesan meningkat bermula Oktober tahun lalu dengan purata 200 kes jangkitan sebulan. Katanya, dianggarkan satu peratus ibu hamil di Malaysia dijangkiti Covid-19 dan lonjakan kes dapat dilihat pada Mei lalu iaitu sebanyak 850 kes dan Jun lalu iaitu sebanyak 899 kes. Dalam kenyataannya, trend peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan ibu hamil adalah sejajar dengan peningkatan jumlah kes…

Read More

Kembali mencecah 20,000 kes

PUTRAJAYA 11 Ogos – Jumlah kes harian positif Covid-19 kembali melebihi 20,000, apabila 20,780 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,320,547 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata terdapat 233,358 kes aktif serta 211 kes kematian baharu dengan 16 daripadanya dikategorikan sebagai kematian di luar hospital (BID). Dr Noor Hisham berkata, angka kes sembuh pula merekodkan sebanyak 17,973, manakala jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) adalah seramai 1,053 orang dan 546 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Daripada 20,780 kes harian yang dilaporkan pada…

Read More

Vietnam catat 4,802 kes baharu

HANOI 11 Ogos – Vietnam merekodkan 4,802 kes baharu Covid-19 termasuk 10 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 232,937 kes. Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 4,792 adalah kes tempatan di mana, Ho Chi Minh City – merekodkan kes tertinggi 2,128 kes , Binh Duong 936, Long An 515 dan Dong Nai 428. Setakat pagi ini, sebanyak 2,377 kes import dilaporkan dan 230,560 kes tempatan dengan jumlah kes sembuh 80,348, manakala 491 dirawat di unit rawatan rapi. Mengenai vaksinasi, sebanyak 11,341,864 dos diberikan di mana 1,036,102 orang telah mendapat dua dos lengkap.…

Read More

Filipina lapor 12,021 kes harian

MANILA 11 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 12,021 kes Covid-19, kes harian tertinggi menjadikan jumlah keseluruhan 1,688,040 kes. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 154 orang meninggal dunia yang dikaitkan dengan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 29,374 orang. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 1,577,267 orang atau 93.4 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 9,591 kes sembuh yang direkodkan hari ini. Sebanyak 81,399 kes aktif dilaporkan. Sementara itu pusat vaksinasi di seluruh ibu kota Filipina cuba mempercepatkan kadar suntikan vaksin, termasuk dibuka 24 jam bagi membantu menangani lonjakan kes…

Read More

Brunei Darussalam tambah kes baharu

BANDAR SERI BEGAWAN 11 Ogos – Brunei Darussalam merekodkan 54 kes baharu Covid-19, angka harian tertinggi setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 494 kes. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, kesemuanya adalah kes tempatan dan hari ini juga satu  kluster baharu dikesan iaitu Kluster Imigresen yang merekodkan empat kes. Kluster ini ada kaitan dengan kes 423, yang sumber jangkitan tidak diketahui. Katanya, Kluster Chung Hua yang merupakan kluster terbesar setakat ini merekodkan 25 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 62 kes, majoriti melibatkan pelajar. Kluster Semporna Enak pula…

Read More

63 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 11 Ogos – Sebanyak 61 kes tempatan dan dua kes import baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 65,953. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 33 kes berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah pun dikuarantin manakala 11 kes turut berhubung kait dengan kes-kes sebelumnya dan dikesan menerusi ujian pemantauan. Baki 17 kes tidak berhubung kait dengan mana-mana kes terdahulu. Dalam kalangan kes hari ini, terdapat tiga warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum menjalani vaksinasi atau sudah menerima satu dos vaksin dan membuat…

Read More

Thailand kembali ke 21,000 kes

BANGKOK 11 Ogos – Selepas tiga hari dengan jumlah jangkitan di bawah 20,000, Thailand hari ini kembali merekodkan angka 21,000 iaitu 21,038 kes menjadikan jumlah keseluruhan 816,989. Jumlah kematian pula 207 orang menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia meningkat kepada 6,795 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), hari ini sebanyak 20,865 kes melibatkan orang awam termasuk 19 kes import manakala 173 lagi adalah dalam kalangan banduan. Bangkok mencatatkan 4,525 kes baharu diikuti Samut Sakhon 1,683, Samut Prakan 1,388, Chon Buri 1,368, Nonthaburi 691, Ayutthaya 580, Pathum Thani 512, Chachoengsao…

Read More

Lapan negeri lepasi 1,000 kes

PUTRAJAYA 11 Ogos – Lapan negeri merekodkan jumlah kes empat angka didahului Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Pertambahan kes di negeri-negeri menyebabkan jumlah keseluruhan negeri hari ini meningkat kepada 20,780 kes berbanding 19,991 semalam. Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah menunjukkan pengurangan kes berbanding semalam di mana Selangor mencatatkan 6,921 (7,338), Kuala Lumpur 2,065 (2,374) dan Kedah 1,534 (1,830). Sehingga 11 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,780 kes (1,320,547 kes). Johor merekodkan 1,693 (1,344), Kedah 1,534 (1,830), Sabah 1,514…

Read More

NZ kenakan sekatan perjalanan

WELLINGTON 11 Ogos – New Zealand menyenaraikan Indonesia dan Fiji sebagai negara sangat berisiko tinggi ekoran lonjakan kes Covid-19 dan mengenakan sekatan perjalanan ke atas kedua-dua negara itu, mulai 11.59 malam 15 Ogos ini. Berikutan itu, perjalanan ke New Zealand dari Indonesia dan Fiji dihadkan kepada warga New Zealand, pasangan mereka dan anak-anak mereka, serta ibu-bapa kepada kanak-kanak warga New Zealand yang merupakan tanggungan mereka. Menteri Covid-19 Chris Hipkins berkata, para pengunjung lain, termasuk penduduk New Zealand, perlu menjalani tempoh 14 hari di luar Indonesia sebelum terbang ke New Zealand.…

Read More