63 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 11 Ogos – Sebanyak 61 kes tempatan dan dua kes import baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 65,953.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 33 kes berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah pun dikuarantin manakala 11 kes turut berhubung kait dengan kes-kes sebelumnya dan dikesan menerusi ujian pemantauan.

Baki 17 kes tidak berhubung kait dengan mana-mana kes terdahulu.

Dalam kalangan kes hari ini, terdapat tiga warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum menjalani vaksinasi atau sudah menerima satu dos vaksin dan membuat mereka lebih berisiko terkena jangkitan teruk.

Dua kes import dikesan semasa mereka tiba di Singapura dan sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Related posts

Leave a Comment