Thailand kembali ke 21,000 kes

BANGKOK 11 Ogos – Selepas tiga hari dengan jumlah jangkitan di bawah 20,000, Thailand hari ini kembali merekodkan angka 21,000 iaitu 21,038 kes menjadikan jumlah keseluruhan 816,989.

Jumlah kematian pula 207 orang menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia meningkat kepada 6,795 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), hari ini sebanyak 20,865 kes melibatkan orang awam termasuk 19 kes import manakala 173 lagi adalah dalam kalangan banduan.

Bangkok mencatatkan 4,525 kes baharu diikuti Samut Sakhon 1,683, Samut Prakan 1,388, Chon Buri 1,368, Nonthaburi 691, Ayutthaya 580, Pathum Thani 512, Chachoengsao 467, Ubon Ratchathani 420 dan Ratchaburi 399.

Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 21 hingga 93 tahun di mana  57 peratus sekurang-sekurangnya berumur 60 tahun.

Kematian juga melibatkan 199 warganegara Thailand, lima dari Myanmar serta seorang masing-masing dari India, Kemboja, dan Pakistan.

Setakat semalam 22,012 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes 600,152.

Jumlah yang mendapatkan rawatan pula adalah 210,042 orang.

Related posts

Leave a Comment