KSU MOT ketuai jawatankuasa siasatan

PUTRAJAYA 25 Mei – Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Isham Ishak mengetuai jawatankuasa siasatan susulan nahas melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung  malam semalam.

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata jawatankuasa siasatan itu yang terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi ditugaskan segera untuk mengumpul semua laporan siasatan sebelum dibentangkan sebagai laporan akhir.

“Mereka perlu melengkapkan satu laporan dan dihantar kepada saya dalam tempoh 14 hari daripada kejadian semalam.

“Ini bermaksud mereka cuma ada 13 hari untuk menyiapkan laporan akhir kepada saya sebelum saya mengangkatnya sebagai nota kepada jemaah menteri,” ujarnya dalam sidang media di sini hari ini.

Senarai anggota jawatankuasa tersebut.

PENGERUSI

DATUK ISHAM ISHAK

Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

TIMBALAN PENGERUSI

NORMAH OSMAN

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

AHLI

WAN MOHD ASRAF WAN SALLEH

Setiausaha Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

AZLIN SABTU

Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

BRIG. JENERAL IZANI ISMAIL

Ketua Inspektor Kemalangan Udara, Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

TENAGA PAKAR YANG DICADANGKAN

YUSLIZAR DAUD

Bekas Ketua Bahagian Rel, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

ANTHONY AROKIANATHAN

Maintenance Support Signalling Manager, ERL Maintenance and Services Sdn. Bhd. (EMAS)

PROF. MADYA DR. NOR AZIATI ABDUL HAMID

Pusat Kecemerlangan Industri – Rel (ICOE-REL), Institut Kejuruteraan Integrasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

PROF. DR. WONG SHAW VOON

Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

SEKRETARIAT

MOHD SHAHRIMAN SHAFEIN

Ketua Pengarah Keretapi, Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

Related posts

Leave a Comment