Kes harian Arab Saudi turun

RIYADH 11 Ogos – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes jangkitan harian di bawah 1,000 apabila merekodkan 751 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 535,927 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian yang dilaporkan adalah sembilan orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 535,927.

Pada masa yang sama, sebanyak 1,389 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 517,379.

Makkah merekodkan 147 kes diikuti daerah timur sebanyak 111, Riyadh 107, dan Asir 86 kes jangkitan.;.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan menjelaskan seseorang yang dijangkiti Covid-19 setelah divaksinasi boleh mengambil dos kedua selepas 10 hari dijangkiti.

Related posts

Leave a Comment