Kembali mencecah 20,000 kes

PUTRAJAYA 11 Ogos – Jumlah kes harian positif Covid-19 kembali melebihi 20,000, apabila 20,780 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,320,547 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata terdapat 233,358 kes aktif serta 211 kes kematian baharu dengan 16 daripadanya dikategorikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Dr Noor Hisham berkata, angka kes sembuh pula merekodkan sebanyak 17,973, manakala jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) adalah seramai 1,053 orang dan 546 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada 20,780 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 400 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Sebanyak 20,380 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan, hanya 5,138 kes (24.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi Covid-19.

Mengenai kes kematian, sebanyak 79 kes di Selangor, 41 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 21 di Kedah, 16 di Johor, 13 di Sabah, masing-masing lapan kes di Negeri Sembilan dan Terengganu, masing-masing tujuh kes di Pulau Pinang dan Perak, enam kes di Melaka, serta lima kes  di Pahang.

Related posts

Leave a Comment