Lapan negeri lepasi 1,000 kes

PUTRAJAYA 11 Ogos – Lapan negeri merekodkan jumlah kes empat angka didahului Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Pertambahan kes di negeri-negeri menyebabkan jumlah keseluruhan negeri hari ini meningkat kepada 20,780 kes berbanding 19,991 semalam.

Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah menunjukkan pengurangan kes berbanding semalam di mana Selangor mencatatkan 6,921 (7,338), Kuala Lumpur 2,065 (2,374) dan Kedah 1,534 (1,830).

Sehingga 11 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,780 kes (1,320,547 kes).

Johor merekodkan 1,693 (1,344), Kedah 1,534 (1,830), Sabah 1,514 (1,383), Pulau Pinang 1,385, Kelantan 1,284 (1,030) dan Negeri Sembilan 1,015 (564).

Lima negeri lagi merekodkan kes harian tinggi iaitu 828, di Perak, (46,640), Sarawak 634 kes, Terengganu 613 (3,78), Pahang 585 (539).

Putrajaya merekodkan 41 kes berbanding 76 semalam dan Perlis 29 (24) manakala Labuan menambah tiga kes baharu berbanding satu semalam.

,

Related posts

Leave a Comment