Vietnam catat 4,802 kes baharu

HANOI 11 Ogos – Vietnam merekodkan 4,802 kes baharu Covid-19 termasuk 10 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 232,937 kes.

Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 4,792 adalah kes tempatan di mana, Ho Chi Minh City – merekodkan kes tertinggi 2,128 kes , Binh Duong 936, Long An 515 dan Dong Nai 428.

Setakat pagi ini, sebanyak 2,377 kes import dilaporkan dan 230,560 kes tempatan dengan jumlah kes sembuh 80,348, manakala 491 dirawat di unit rawatan rapi.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 11,341,864 dos diberikan di mana 1,036,102 orang telah mendapat dua dos lengkap.

Sementara itu vaksin kedua keluaran Vietnam, Covivac,  memulakan ujian klinikal fasa kedua dengan memilih 375 sukarelawan daripada 750 penduduk tempatan di wilayah Vu Thu wilayah Thai Binh.

Sukarelawan terpilih perlu berusia 18 tahun hingga 80 tahun, termasuk mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis namun menjalani rawatan berkala.

Ujian saringan dilakukan selama enam hari dan suntikan dos pertama akan dilakukan pada 18 Ogos.

Covivac merupakan vaksin hasil penyelidikan bersama antara Universiti Perubatan Hanoi dan Institut Kebersihan dan Epidemiologi Negara (NIHE). 

Vaksin tersebut menggunakan kultur sel embrio ayam – teknik yang digunakan institusi berkenaan sebelum ini bagi menghasilkan vaksin selesema bermusim.

Related posts

Leave a Comment