Saudi catat bawah 1,000 kes

RIYADH 7 Ogos – Hari ketiga berturut-turut, jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 berada di bawah 1,000 apabila 850 kes dilaporkan hari ini berbanding semalam 954 kes dan sebelumnya 986 (5 Ogos). Pada masa yang sama sembilan lagi pesakit berkaitan Covid-19 meninggal dunia berbanding 14 dan sebelumnya 13 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 532,785 kes dengan jumlah kematian 8,320 orang. Makkah merekodkan 166 kes harian, diikuti Riyadh 143, Timur 128, dan Asir 88. Kes aktif pula sebanyak 10,103 dan 1,404 daripadanya dalam keadaan kritikal.…

Read More

1,588 kematian di Indonesia

JAKARTA 7 Ogos – Indonesia merekodkan 31,753 kes positif Covid-19 hari ini dengan 1,588 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 3,639,616 kes dan 105,598 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 3,036,194 orang selepas 39,716 pesakit dilaporkan pulih daripada jangkitan. Lima wilayah merekodkan kes sembuh tertinggi didahului Jawa Barat yang merekodkan 4,919 kes dan kumulatifnya 518,502 orang, diikuti Jawa Tengah 4,832  (342.120), Jakarta 4,562 (806,896), Jawa Timur 4,529 (266,489) dan Nusa Tenggara Timur 3,005 (34,250). Jawa Tengah merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu 5,340 kes dengan kumulatifnya 410,453 diikuti Jawa Timur…

Read More

7 kes baharu selepas setahun

HuBRUNEI DARUSSALAM 7 Ogos – Selepas lebih setahun tanpa kes tempatan, Brunei Darussalam hari ini merekodkan tujuh kes baharu jangkitan Covid-19 dan satu kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 347 orang. Menteri Kesihatan, Dr. Mohd Isham Jaafar dalam sidang media hari ini memberitahu, lima dari kes terbaru itu mempunyai kaitan dengan salah sebuah pusat pemantauan di negara ini manakala dua lagi belum dikenal pasti. “Kelima-lima kes ini tidak mempunyai sebarang perjalanan ke luar negara dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini. Kluster ini dipercayai berkemungkinan terdedah kepada salah seorang kes import,”…

Read More

Turun tetapi masih tinggi

PUTRAJAYA 7 Ogos – Sebanyak 19,257 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, sedikit penurunan berbanding 20,889 kes, semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19  meningkat kepada 1,243,852 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat 16 kes import melibatkan 10 warganegara dan enam bukan warganegara, manakala 19,241 kes tempatan melibatkan 15,893 warganegara dan 3,348 bukan warganegara. Sebanyak 740 kes (3.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala 18,517 kes (96.2 peratus)  terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah…

Read More

11,021 jangkitan baharu di Filipina

MANILA 7 Ogos – Filipina merekodkan 11,021 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,649,341 kes. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, 162 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 28,835 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 9,194 kes sembuh dilaporkan menjadikan 1,544,443 orang pulih atau 93.6 peratus daripada keseluruhan kes manakala kes  aktif pula adalah 76,063. Sementara itu Manila memasuki hari kedua dikenakan perintah sekatan pergerakan yang bermula 6 Ogos bagi membendung penularan koronavirus varian Delta yang sangat mudah berjangkit. Pakar memberi…

Read More

81 kes, satu kematian di Singapura

SINGAPURA 7 Ogos – Sebanyak 75 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan enam kes import dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 65,686 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 50 kes dikaitkan dengan kes-kes terdahulu dan sudahpun dikenakan kuarantin dan sembilan kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan. Dalam kalangan kes baharu hari ini, tiga merupakan warga tua berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau menerima hanya satu dos vaksin dan berisiko mengalami sakit teruk. Enam kes import pula dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan…

Read More

Kes dan kematian tertinggi Thailand

BANGKOK 7 Ogos  – Kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand terus mencatatkan rekod baharu hari ini apabila 21,838 kes baharu dilaporkan dengan jumlah kematian juga tertinggi iaitu 212 kematian. Rekod tertinggi sebelum ini adalah semalam, Jumaat dengan 21,379 kes dan 191 kematian. Daripada jumlah kes hari ini, 20,911 kes melibatkan penduduk awam tempatan, empat kes import dan 923 orang dalam kalangan banduan sementara 21,108 kes sembuh direkodkan menjadikan 517,012 kes pulih. Sejak 1 April lalu, bermulanya gelombang ketiga, Thailand merekodkan 707,659 kes dengan 489,586 kes sembuh dan 5,972 kematian. Dan…

Read More

Perlis tambah kes

PUTRAJAYA 7 Ogos – Perlis menunjukkan peningkatan kes apabila merekodkan 41 kes jangkitan harian, angka tertinggi selepas negeri itu memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 4 Ogos lalu. Semalam Perlis mencatatkan sembilan kes harian dan sebelum itu 5 Ogos (4 kes), 4 Ogos (11 kes) dan 3 Ogos (7 kes). Setakat ini secara kumulatif, Perlis merekodkan 806 kes. Selangor dan Kuala Lumpur terus merekodkan kes tertinggi dengan 7,084 dan 2,450 berbanding 8,792 dan 2,483 semalam di samping tiga negeri melepasi 1,000 kes iaitu Kedah 1,514 (1,371), Sabah 1,255…

Read More

47 peratus dapat dos pertama

PUTRAJAYA 7 Ogos – Sebanyak 23,608,290 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba. Daripada jumlah itu seramai 15,350,180 orang menerima suntikan dos pertama, manakala 8,258,110 lagi menerima dos kedua. Sebanyak 47 peratus daripada populasi negara mendapat dos pertama, manakala 25.3 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka. Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 447,035 dos diberikan semalam dengan 187,756 p dos pertama, manakala 259,279 lagi adalah dos kedua.

Read More

Singapura longgar sekatan

SINGAPURA 7 Ogos – Dengan kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan penduduk, Singapura kini melonggarkan beberapa sekatan termasuk menambah jumlah peserta dan had kapasiti acara besar sehingga 500 dan 1,000 orang. Mulai 10 Ogos ini, had kapasiti atau peserta dinaikkan kepada 500 orang untuk acara termasuk perhimpunan keagamaan,  ibadah secara berjemaah, panggung wayang, persembahan langsung, majlis pernikahan dan persandingan. Bagaimanapun jumlah itu tertakluk kepada mereka yang sudah mendapatkan vaksinasi penuh. Menurut Kementerian Kesihatan, jika semua tetamu divaksinasi sepenuhnya, acara bagi perhimpunan agama dan ibadah secara berjemaah, pawagam, persembahan langsung dan…

Read More