1,588 kematian di Indonesia

JAKARTA 7 Ogos – Indonesia merekodkan 31,753 kes positif Covid-19 hari ini dengan 1,588 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 3,639,616 kes dan 105,598 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 3,036,194 orang selepas 39,716 pesakit dilaporkan pulih daripada jangkitan.

Lima wilayah merekodkan kes sembuh tertinggi didahului Jawa Barat yang merekodkan 4,919 kes dan kumulatifnya 518,502 orang, diikuti Jawa Tengah 4,832  (342.120), Jakarta 4,562 (806,896), Jawa Timur 4,529 (266,489) dan Nusa Tenggara Timur 3,005 (34,250).

Jawa Tengah merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu 5,340 kes dengan kumulatifnya 410,453 diikuti Jawa Timur 3,438 (334,737), Jawa Barat 3,004 (634,734), Jakarta 2,008 (829.851) serta Kalimantan Timur 1.786 (129,634).

Kes kematian tertinggi pula direkodkan di Jawa Tengah sebanyak 399 kes dan

kumulatifnya 22,252 kes, Jawa Timur 322 (22,683),  Lampung 93 (2,507), Kalimantan Timur 86 (3,889) dan Yogyakarta 83 (3.848).

Mengenai program vaksinasi, sebanyak 410,765 orang menerima dos pertama menjadikan jumlahnya melebihi 49,801,823 manakala penerima dos kedua .

sebanyak 23.345.264 orang termasuk tambahan hari ini 453.440 orang.

Related posts

Leave a Comment