Perlis tambah kes

PUTRAJAYA 7 Ogos – Perlis menunjukkan peningkatan kes apabila merekodkan 41 kes jangkitan harian, angka tertinggi selepas negeri itu memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 4 Ogos lalu.

Semalam Perlis mencatatkan sembilan kes harian dan sebelum itu 5 Ogos (4 kes), 4 Ogos (11 kes) dan 3 Ogos (7 kes). Setakat ini secara kumulatif, Perlis merekodkan 806 kes.

Selangor dan Kuala Lumpur terus merekodkan kes tertinggi dengan 7,084 dan 2,450 berbanding 8,792 dan 2,483 semalam di samping tiga negeri melepasi 1,000 kes iaitu Kedah 1,514 (1,371), Sabah 1,255 (1,291) dan Johor 1,182 (1,275).

Enam negeri melepasi 500 kes didahului Pulau Pinang 959 (776), Kelantan 930 (938), Negeri Sembilan 884 (986), Perak 774 (624), Pahang 714 (610), dan Sarawak 573 (652).

Terengganu merekodkan 425 kes berbanding 460 semalam, Melaka 414 (491), Wilayah Persekutuan Putrajaya 56 (122), dan Wilayah Persekutuan Labuan 2 (9).

Related posts

Leave a Comment