47 peratus dapat dos pertama

PUTRAJAYA 7 Ogos – Sebanyak 23,608,290 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, kata

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Daripada jumlah itu seramai 15,350,180 orang menerima suntikan dos pertama, manakala 8,258,110 lagi menerima dos kedua.

Sebanyak 47 peratus daripada populasi negara mendapat dos pertama, manakala 25.3 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 447,035 dos diberikan semalam dengan 187,756 p dos pertama, manakala 259,279 lagi adalah dos kedua.

Related posts

Leave a Comment