11,021 jangkitan baharu di Filipina

MANILA 7 Ogos – Filipina merekodkan 11,021 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,649,341 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, 162 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 28,835 kematian.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 9,194 kes sembuh dilaporkan menjadikan 1,544,443 orang pulih atau 93.6 peratus daripada keseluruhan kes manakala kes  aktif pula adalah 76,063.

Sementara itu Manila memasuki hari kedua dikenakan perintah sekatan pergerakan yang bermula 6 Ogos bagi membendung penularan koronavirus varian Delta yang sangat mudah berjangkit.

Pakar memberi amaran penularan varian Delta boleh melumpuhkan sistem kesihatan jika sekatan tidak diperketat di ibu kota yang sesak, dengan lebih 13 juta penduduk itu.

Langkah sekatan itu juga bagi mengurangkan tekanan ke atas sistem kesihatan negara itu serta mengelakkan kegiatan ekonomi daripada terjejas teruk.

Filipina mengesan lebih 330 kes varian Delta sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan terdapat kebimbangan varian itu boleh melumpuhkan negara seperti yang terjadi di negara-negara jiran.

Di samping itu, timbul kebimbangan bahawa sekatan terbaru itu akan menyebabkan rakyat semakin susah dengan bantuan pemerintah terhad kepada 4,000 peso (S$107) setiap isi rumah.

Hanya perniagaan dan pekerja sektor penting boleh beroperasi dalam dua minggu akan datang manakala perintah berkurung waktu malam selama lapan jam berkuat kuasa.

Related posts

Leave a Comment