Saudi catat bawah 1,000 kes

RIYADH 7 Ogos – Hari ketiga berturut-turut, jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 berada di bawah 1,000 apabila 850 kes dilaporkan hari ini berbanding semalam 954 kes dan sebelumnya 986 (5 Ogos).

Pada masa yang sama sembilan lagi pesakit berkaitan Covid-19 meninggal dunia berbanding 14 dan sebelumnya 13 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 532,785 kes dengan jumlah kematian 8,320 orang.

Makkah merekodkan 166 kes harian, diikuti Riyadh 143, Timur 128, dan Asir 88.

Kes aktif pula sebanyak 10,103 dan 1,404 daripadanya dalam keadaan kritikal.

Sementara itu sebanyak 29 juta dos vaksin telah diberikan melalui 687 pusat vaksinasi seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment