81 kes, satu kematian di Singapura

SINGAPURA 7 Ogos – Sebanyak 75 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan enam kes import dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 65,686 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 50 kes dikaitkan dengan kes-kes terdahulu dan sudahpun dikenakan kuarantin dan sembilan kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes baharu hari ini, tiga merupakan warga tua berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau menerima hanya satu dos vaksin dan berisiko mengalami sakit teruk.

Enam kes import pula dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Dua kes dikesan sejurus selepas mereka tiba di Singapura dan empat sakit sewaktu menjalani SHN atau tempoh pengasingan.

Sementara itu, seorang lelaki Singapura berusia 63 tahun meninggal dunia Khamis lalu, 5 Ogos akibat komplikasi Covid-19 sekali gus menjadi korban keempat koronavirus itu dalam masa lima hari.

Lelaki berkenaan yang belum menerima vaksinasi mengalami demam dan batuk pada 3 Ogos dan dibawa ke Hospital Khoo Teck Phuat pada Khamis selepas rebah di rumahnya.

Beliau yang mempunyai sejarah penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis melitus, darah tinggi dan kolestrol tinggi, disahkan positif Covid-19 selepas kematiaannya.

Secara keseluruhannya, 41 orang sudah meninggal dunia akibat Covid-19 di Singapura.

Related posts

Leave a Comment