Turun tetapi masih tinggi

PUTRAJAYA 7 Ogos – Sebanyak 19,257 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, sedikit penurunan berbanding 20,889 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19  meningkat kepada 1,243,852 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat 16 kes import melibatkan 10 warganegara dan enam bukan warganegara, manakala 19,241 kes tempatan melibatkan 15,893 warganegara dan 3,348 bukan warganegara.

Sebanyak 740 kes (3.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala 18,517 kes (96.2 peratus)  terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19.

Secara keseluruhan, hanya 4,178 kes (21.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini mempunyai sejarah imunisasi Covid-19.

Kes sembuh pula sebanyak 16,323 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,009,343 dengan kes aktif 224,120.

Sebanyak 1,097 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 575 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian juga tinggi dengan 210 kes menjadikan jumlah keseluruhan 10,389 kes.

Daripada jumlah kematian hari ini, 177 warganegara, 33 bukan warganegara); 34 kes brougth in dead (BID). (22 warganegara, 12 bukan warganegara.

Sebanyak 210 kematian dilaporkan yang melibatkan 88 kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (33), Johor (28), Kedah (17), Sabah (13), Melaka (8), Perak (6), masing-masing lima kes di Negeri Sembilan dan Kelantan, empat kes di Pulau Pinang, serta masing-masing satu di Pahang, Sarawak, dan Perlis.

Pada tahun 2021, Malaysia melaporkan 9,918 kes kematian Covid-19 berbanding dengan 471 kes kematian Covid-19 pada tahun 2020.

Daripada jumlah kematian tahun ini sehingga 7 Ogos, sebanyak 8,615 kes (86.9 peratus) merupakan kematian di hospital dan 1,303 kes kematian (13.1 peratus) BID.

Sebanyak 8,081 kes (93.8 peratus) kematian di hospital melibatkan warganegara Malaysia. Bagi kes kematian BID pula, sebanyak 819 kes (62.9 peratus) melibatkan warganegara, manakala 484 kes (37.1 peratus) lagi bukan warganegara.

Bagi 7 Ogos 2021, terdapat 34 kes BID di mana 22 kes warganegara dan 12 kes bukan warganegara.

Related posts

Leave a Comment