4 lagi legenda sertai Kelab Abad FIFA

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Empat legenda negara diisytihar sebagai ahli terbaharu Kelab Abad FIFA (FIFA Century Club) iaitu sebagai pemain paling banyak mewakili skuad kebangsaan dalam perlawanan antarabangsa. Mereka adalah Soh Chin Ann, Zainal Abidin Hassan, mendiang M. Chandran dan Santokh Singh. Pengesahan ini disampaikan oleh FIFA, hari ini menerusi kemas kini terbaharu terhadap keanggotaan Kelab Abad FIFA atau FIFA Century Club yang dikhaskan untuk pemain yang mencatat 100 penampilan antarabangsa ke atas. Sebelum ini tiga legenda – Abdul Shukor Salleh (163 caps), Allahyarham Mokhtar Dahari (138 caps) dan…

Read More

Pertambahan kes di Indonesia

JAKARTA 3 Ogos – Indonesia menambah 33,900 kes baharu Covid-19, angka yang menunjukkan peningkatan semula kes berbanding 22,404 yang direkodkan semalam dan 30,738 pada 1 Ogos. Tambahan kes yang meliputi 34 wilayah itu menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 3,496,700 orang. Menurut data Satuan Tugas Penanganan Covid-19, peningkatan kes tertinggi dilaporkan di Jawa Tengah sebanyak 4,331 kes, diikuti Jawa Barat 4,301 dan Jawa Timur 4,113, Jakarta 1,6001 dan Yogyakarta 1,445. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 31,324 dilaporkan pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 2,873,669. Jumlah kematian turut meningkat…

Read More

1,075 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 3 Ogos – Arab Saudi merekodkan 1,075 kes baharu Covid-19 dan 11 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 528,952 kes dengan 8,270 kematian Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam sebanyak 1,113 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 510,104 orang pulih daripada Covid-19. Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan209 kes diikuti wilayah Timur 188, Riyadh 184 dan Jazan dengan 107 kes. Kementerian juga memaklumkan 10,575 kes aktif dan 1,433 daripada mereka dalam keadaan kritikal. Sehingga Selasa, lebih 28 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk negara itu…

Read More

Kembali cecah 17,000 kes

PUTRAJAYA 3 Ogos – Jangkitan baharu Covid-19 kembali kepada lebih 17,000 kes apabila merekodkan 17,105 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,163,291. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 195 kematian dilaporkan hari ini dengan kumulatif kes kematian adalah 9,598 kes. Selain itu, jumlah kes sembuh meningkat kepada 950,029 kes selepas 12,297 kes sembuh dilaporkan hari ini. Kes aktif Covid-19 ketika ini adalah 203,664 kes dengan 1,066 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 537 kes memerlukan bantuan alat pernafas Daripada 17,105 kes…

Read More

PKPD di sembilan lagi lokaliti

PUTRAJAYA 3 Ogos – Sembilan lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu, masing-masing empat di Sabah, tiga di Terengganu dan dua di Pahang, mulai Khamis ini hingga 18 Ogos. Menteri Kanan Luar Negeri, Hishammuddin Hussein, berkata PKPD di Sabah meliputi Kampung Banjar, Keningau; Kem 3 Sibulu, Tenom; Penampang Baru, Penampang dan Depoh Tahanan Imigresen, Tawau. PKPD juga dilaksanakan di Mukim Manir, Kuala Terengganu dan dua lokaliti dalam Mukim Telok Kalong, Kemaman, Terengganu iaitu Taman Rakyat Bestari Fasa 1 hingga 4 dan Rumah Awam Kos Rendang 1 dan…

Read More

Perayaan, ziarah cetus kluster baharu

PUTRAJAYA 3 Ogos – Aktiviti sambutan hari perayaan, ziarah dan majlis pengebumian antara pencetus 30 kluster baharu yang dikesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada kluster baharu yang dilaporkan itu, masing-masing 14 kluster dikesan berpunca dari tempat kerja dan dalam kalangan komuniti manakala satu kluster dari kumpulan berisiko. Dalam kenyataannya, beliau berkata, daripada kluster berpunca aktiviti ziarah yang dikesan oleh kementeriannya hari ini, terdapat satu kluster yang berpunca daripada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. Kluster Kampung Pandan Tok La ini membabitkan…

Read More

UMNO tidak pertahan PM, PN

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin ternyata gagal di mata rakyat, dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO. Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran Kerajaan pimpinan beliau terhadap Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat. “Kenyataan terbaharu Perdana Menteri hari ini, kata Ahmad Zahid, tidak menjernihkan…

Read More

102 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 3 Ogos – Singapura melaporkan 98 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan empat kes import setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 65,315. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah kes baharu dalam masyarakat itu, sebanyak 31 kes tanpa hubung kait, 46 dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan dikenakan kuarantin dan 21 kes berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan. Dalam kalangan kes baharu itu, tujuh adalah individu yang berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau menerima satu suntikan vaksin dan berisiko sakit teruk, Empat kes import yang…

Read More

273 kes varian Delta di Sarawak

KUCHING 3 Ogos – Kes Covid-19 varian Delta di negeri ini meningkat kepada 273 kes sejak pertama kali dilaporkan pada 18 Jun lalu. Ini berikutan 180 kes baharu varian Delta yang dikesan Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak 27 Julai lalu. Pengarah IHCM UNIMAS, Profesor Dr David Perera mendedahkan kesemua kes tersebut dikenalpasti melalui pengesanan dan pengawasan berterusan pihaknya terhadap penyebaran virus SARS-CoV-2. Di bahagian Kuching terdapat 124 kes varian Delta, di Lundu (8) dan Bau (5) serta beberapa kawasan lain iaitu di Bau, Kota…

Read More

Kes meningkat di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 3 Ogos – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan merekodkan 2,309 berbanding 1,536 semalam sementara Selangor kekal mendahului negeri lain walaupun ada penurunan kes. Selangor merekodkan 5,836 kes berbanding 6,067 semalam sementara tiga negeri lain kekal empat angka dengan Johor 1,275 kes berbanding 1,222 semalam, Sabah 1,010 (1,166) dan Kedah 1,036 (1,108). Enam negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Perak 967 berbanding 748 semalam, Kelantan 915 (552), Negeri Sembilan 816 (862), Pulau Pinang 798 (667), Pahang 628 (475) dan Melaka 508 (463). Sarawak merekodkan 494…

Read More