1,075 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 3 Ogos – Arab Saudi merekodkan 1,075 kes baharu Covid-19 dan 11 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 528,952 kes dengan 8,270 kematian

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam sebanyak 1,113 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 510,104 orang pulih daripada Covid-19.

Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan209 kes diikuti wilayah Timur 188, Riyadh 184 dan Jazan dengan 107 kes.

Kementerian juga memaklumkan 10,575 kes aktif dan 1,433 daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Sehingga Selasa, lebih 28 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk negara itu melalui lebih 587 pusat pemberian vaksin.

Related posts

Leave a Comment