Pertambahan kes di Indonesia

JAKARTA 3 Ogos – Indonesia menambah 33,900 kes baharu Covid-19, angka yang menunjukkan peningkatan semula kes berbanding 22,404 yang direkodkan semalam dan 30,738 pada 1 Ogos.

Tambahan kes yang meliputi 34 wilayah itu menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 3,496,700 orang.

Menurut data Satuan Tugas Penanganan Covid-19, peningkatan kes tertinggi dilaporkan di Jawa Tengah sebanyak 4,331 kes, diikuti Jawa Barat 4,301 dan Jawa Timur 4,113, Jakarta 1,6001 dan Yogyakarta 1,445.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 31,324 dilaporkan pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 2,873,669.

Jumlah kematian turut meningkat apabila 1,598 lagi kes dilaporkan yang membawa kepada jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 98,889 orang.

Sementara itu, sehingga 12 tengah hari ini,sebanyak 21,436,908 atau 10.29 penduduk telah lengkap divaksin dan 48,106,208 atau 23.10 peratus mendapat dos pertama.

Related posts

Leave a Comment