273 kes varian Delta di Sarawak

KUCHING 3 Ogos – Kes Covid-19 varian Delta di negeri ini meningkat kepada 273 kes sejak pertama kali dilaporkan pada 18 Jun lalu.

Ini berikutan 180 kes baharu varian Delta yang dikesan Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak 27 Julai lalu.

Pengarah IHCM UNIMAS, Profesor Dr David Perera mendedahkan kesemua kes tersebut dikenalpasti melalui pengesanan dan pengawasan berterusan pihaknya terhadap penyebaran virus SARS-CoV-2.

Di bahagian Kuching terdapat 124 kes varian Delta, di Lundu (8) dan Bau (5) serta beberapa kawasan lain iaitu di Bau, Kota Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Miri dan Bintulu.

“Jumlah ini sekaligus mencatatkan kadar pengesanan varian Delta kepada 65 peratus daripada 137 sampel Covid-19 yang digunakan,” katanya dalam satu laporan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBNS) Douglas Uggah Embas pada Selasa.

Setakat 27 Julai, tujuh kes terbaru juga telah dikenalpasti sebagai Indonesian Variant of Concern (B.1.466.2) dan dua kes varian Beta.

Dua kes varian Beta, dan empat Indonesian Variant Of Concern telah dikenalpasti di Kuching, di Sibu (2) dan satu kes di Bintulu.

Secara keseluruhan 343 Variant Of Concern (VOC) atau Variant Of Interest (VOI) telah dikesan di Sarawak daripada pesakit Covid-19.

Related posts

Leave a Comment