PKPD di sembilan lagi lokaliti

PUTRAJAYA 3 Ogos – Sembilan lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu, masing-masing empat di Sabah, tiga di Terengganu dan dua di Pahang, mulai Khamis ini hingga 18 Ogos.

Menteri Kanan Luar Negeri, Hishammuddin Hussein, berkata PKPD di Sabah meliputi Kampung Banjar, Keningau; Kem 3 Sibulu, Tenom; Penampang Baru, Penampang dan Depoh Tahanan Imigresen, Tawau.

PKPD juga dilaksanakan di Mukim Manir, Kuala Terengganu dan dua lokaliti dalam Mukim Telok Kalong, Kemaman, Terengganu iaitu Taman Rakyat Bestari Fasa 1 hingga 4 dan Rumah Awam Kos Rendang 1 dan 2.

Selain itu, Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam dan FELDA Krau 1, Mukim Gali, yang terletak dalam daerah Raub, Pahang turut dikenakan PKPD.

Hishammuddin berkata, prosedur operasi standard (SOP) untuk semua PKPD sama seperti yang diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini.

Selain itu, katanya kerajaan turut melanjutkan tempoh PKPD di Kampung Bintawa Hilir, Kuching, Sarawak, yang sepatutnya tamat hari ini, selama dua minggu lagi bermula esok hingga 17 Ogos depan.

Related posts

Leave a Comment