Kes meningkat di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 3 Ogos – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan merekodkan 2,309 berbanding 1,536 semalam sementara Selangor kekal mendahului negeri lain walaupun ada penurunan kes.

Selangor merekodkan 5,836 kes berbanding 6,067 semalam sementara tiga negeri lain kekal empat angka dengan Johor 1,275 kes berbanding 1,222 semalam, Sabah 1,010 (1,166) dan Kedah 1,036 (1,108).

Enam negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Perak 967 berbanding 748 semalam, Kelantan 915 (552), Negeri Sembilan 816 (862), Pulau Pinang 798 (667), Pahang 628 (475) dan Melaka 508 (463).

Sarawak merekodkan 494 (411), Terengganu 429 (425), Putrajaya 72 (46) dan Perlis 7 (9) dan Wilayah Persekutuan Labuan 5 (7).

Related posts

Leave a Comment