Kembali cecah 17,000 kes

PUTRAJAYA 3 Ogos – Jangkitan baharu Covid-19 kembali kepada lebih 17,000 kes apabila merekodkan 17,105 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,163,291.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 195 kematian dilaporkan hari ini dengan kumulatif kes kematian adalah 9,598 kes.

Selain itu, jumlah kes sembuh meningkat kepada 950,029 kes selepas 12,297 kes sembuh dilaporkan hari ini.

Kes aktif Covid-19 ketika ini adalah 203,664 kes dengan 1,066 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 537 kes memerlukan bantuan alat pernafas

Daripada 17,105 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 317 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala sebanyak 16,788 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 3,115 kes (18.2 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi Covid-19.

Sementara itu, Selangor merekodkan 88 kematian, 24 kes di Johor, 15 di Pulau Pinang, 13 di Kedah, 12 di Sabah, masing-masing lapan  di Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang, tujuh  di Terengganu, empat di Perak, tiga di Kelantan, dua  di Sarawak, serta masing-masing satu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis

Related posts

Leave a Comment