2,069 kematian tertinggi Indonesia

JAKARTA 27 Julai – Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat Covid-19, selepas merekodkan 2,069 kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 86,835 orang. Sebelum ini, angka tertinggi kematian dilaporkan pada 23 Julai lalu iaitu sebanyak 1,566 orang. Menurut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu 417 kematian, diikuti Jawa Timur (354), Jawa Barat (309), Jakarta (184), Yogyakarta 104, Kalimantan Timur 60 dan selebihnya di provinsi lain. Kes baharu Covid-19 di Indonesia direkodkan sebanyak 45,203 menjadikan jumlah kes keseluruhan…

Read More

56.3 peratus kes kategori 1

PUTRAJAYA 27 Julai – Daripada 16,117 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak87 kes, 0.5 peratus (95.4% kes tiada sejarah vaksinasi) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan). Sebanyak 124 kes, 0.8 peratus (83.9% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) dan 135 kes, 0.8 peratus (73.3% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 3 (radang paru-paru) Ketua pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 6,710 kes, 41.6 peratus (79.5% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 2 (bergejala ringan); dan 9,061 kes, 56.3 peratus (94.4%…

Read More

Kluster rentas negeri jangkiti 68

PUTRAJAYA 27 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga kluster baharu disebabkan aktiviti rentas negeri yang sehingga kini menjangkiti 68 individu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Kluster pertama, Kluster Kampung Puteh dikesan di Machang, Kelantan di mana kes indeks adalah seorang lelaki warganegara berusia 38 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Julai lalu hasil saringan kontak rapat. Lelaki ini mempunyai sejarah merentas negeri ke Selangor pada 12 hingga 17 Julai lalu dan nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes dilaporkan berlaku berlaku iaitu di…

Read More

Selangor kekal penyumbang utama

PUTRAJAYA 27 Julai – Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bukan setakat mengekalkan negeri teratas merekodkan kes tertinggi Covid-19 tetapi juga terus menunjukkan peningkatan jumlah kes harian. Jika semalam Selangor merekodkan 6,508 kes tetapi hari ini mencatatkan 6,616 kes manakala Kuala Lumpur dengan 2,457 kes berbanding 1,425 kes semalam. Ini bermakna Selangor dan Kuala Lumpur terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes harian seluruh negara yang merekodkan 16,117. Kedah turut mengekalkan empat angka tetapi lebih rendah berbanding semalam iaitu 1,000 kes berbanding 1,160 semalam. Johor mengalami pengurangan kes dari 1,449…

Read More

27 lagi lokaliti dikenakan PKPD

PUTRAJAYA 27 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 27 lokaliti di Sabah termasuk beberapa lokaliti lain antaranya di Sarawak, Johor, Pahang dan Kelantan bermula Khamis ini hingga 11 Ogos depan. Menteri Kanan (Keselamatan), Hishammuddin Hussein, berkata PKPD diputuskan di lokaliti berkenaan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai risiko serta trend jangkitan Covid-19. Katanya, ia membabitkan 11 lokaliti di Kota Kinabalu iaitu di Bandar Sierra, Kampung Unggun, Kampung Kalasanan, Lorong Cina 1, 2 dan 3, Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher, Polytechnic Commercial Centre, Kampung Pulau Penampang, Bandaran…

Read More

7,186 kes baharu Filipina

MANILA 27 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 7,186 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,562,420 kes. Setakat pukul 4 petang ini juga, 72 lagi pesakit berkaitan Covid-19 meninggal dunia yang membawa kepada peningkatan kes kematian sebanyak 27,318. Bagaimanapun jumlah kes sembuh terus meningkat kepada 1,478,625 orang atau 94.6 peratus selepas 5,672 lagi pesakit dilaporkan pulih. Kes aktif pula sebanyak 56,627 atau 3.6 peratus.

Read More

118 lagi kematian di Thailand

BANGKOK 27 Julai – Selepas merekodkan 15,376 kes, rekod tertinggi semalam, Thailand hari ini melaporkan 14,150 kes jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 526,828 kes. Bagaimanapun jumlah kematian menunjukkan peningkatan dengan 118 lagi meninggal dunia berbanding 87 orang semalam yang membawa kepada jumlah kumulatif 4,170 kematian. Daripada 14,150 kes baharu itu, sebanyak 13,905 kes (termasuk 39 kes import) melibatkan penduduk awam dan 245 lagi melibatkan banduan penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian yang dilaporkan melibatkan mereka yang berusia antara 25 hingga 96 tahun yang terdiri daripada 115 warga Thai, dan…

Read More

Kes di Brunei Darussalam kini 333

BANDAR SERI BEGAWAN 27 Julai  – Kementerian Kesihatan melaporkan 12 lagi kes  import Covid-19 tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 333 orang. Sepuluh daripada kes baharu itu adalah merupakan sebahagian daripada 15 kontak terdekat bagi Kes 306, 307 dan 308 yang dilaporkan pada 20 Julai 2021. Kesemua mereka, lelaki adalah merupakan anak kapal bagi sebuah kapal laut yang telah meninggalkan Singapura pada 4 Julai 2021 dan tiba di Brunei Darussalam pada 9 Julai 2021. Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa setakat ini, Brunei Darussalam mencatatkan 446 hari kes…

Read More

Singapura lapor tiga kes baharu

SINGAPURA 27 Julai – Singapura melaporkan 139 kes baharu Covid-19 meliputi 136 kes dalam masyarakat dan tiga kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 64,453 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 36 kes dalam masyarakat dikaitkan dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong dan dua lagi berhubung kait dengan kluster KTV. Dalam kalangan kes baharu  itu, 59 berhubung kait dengan kes-kes sebelum ini dan telah dikenakan kuarantin manakala 22 lagi dikesan menerusi ujian pemantauan. Baki 55 jangkitan tiada hubung kait dengan mana-mana kes sebelum ini. Dalam kenyataannya, MoH menyatakan, tiga…

Read More

521,923 rekod tertinggi vaksinasi

PUTRAJAYA 27 Julai – Kadar pemberian vaksin harian negara menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan rekod tertinggi semalam dengan menyuntik 521,923 dos berbanding 507,050 dos pada 22 Julai. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi laman Twitter memaklumkan, daripada jumlah yang dicatat semalam, seramai 333,621 individu menerima dos pertama, manakala 188,302 mendapat dos kedua. Setakat ini sebanyak 4,967,772 dos pertama diberikan di Lembah Klang, disusuli Sarawak dengan 1,668,577 dos, Johor (922,551), Perak (683,775), Sabah (672,199) dan Pulau Pinang (652,022). Bagi dos kedua, sebanyak 1,737,352 dos diberikan di…

Read More