27 lagi lokaliti dikenakan PKPD

PUTRAJAYA 27 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 27 lokaliti di Sabah termasuk beberapa lokaliti lain antaranya di Sarawak, Johor, Pahang dan Kelantan bermula Khamis ini hingga 11 Ogos depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Hishammuddin Hussein, berkata PKPD diputuskan di lokaliti berkenaan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Katanya, ia membabitkan 11 lokaliti di Kota Kinabalu iaitu di Bandar Sierra, Kampung Unggun, Kampung Kalasanan, Lorong Cina 1, 2 dan 3, Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher, Polytechnic Commercial Centre, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya.

Lapan lokaliti dikenakan PKPD di Penampang membabitkan Country Height Fasa 1, Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon.

Di Beaufort, lokaliti terbabit merangkumi Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan dan Taman Arjuna manakala tiga lokaliti di Tawau adalah Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Darat Inderasabah.

Di Kinabatangan, ia membabitkan Perumahan Ladang Tinabau manakala di Kuching, tiga lokaliti terbabit PKPD adalah Kampung Jawa Batu 12, Kampung Bumbok dan Kampung Telaga Air.

PKPD di Johor pula adalah Asrama Pekerja Tapak Bina Taman Bukit Perdana di Kluang, Kampung Pertanian, Kulai dan Kampung Separa di Mukim Senai.

Satu lokaliti di Maran terbabit PKPD adalah Felda Jengka 7 selain Ladang Kerilla dekat Tanah Merah, Kelantan.

Related posts

Leave a Comment