Selangor kekal penyumbang utama

PUTRAJAYA 27 Julai – Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bukan setakat mengekalkan negeri teratas merekodkan kes tertinggi Covid-19 tetapi juga terus menunjukkan peningkatan jumlah kes harian.

Jika semalam Selangor merekodkan 6,508 kes tetapi hari ini mencatatkan 6,616 kes manakala Kuala Lumpur dengan 2,457 kes berbanding 1,425 kes semalam.

Ini bermakna Selangor dan Kuala Lumpur terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes harian seluruh negara yang merekodkan 16,117.

Kedah turut mengekalkan empat angka tetapi lebih rendah berbanding semalam iaitu 1,000 kes berbanding 1,160 semalam.

Johor mengalami pengurangan kes dari 1,449 semalam kepada 907 manakala Sabah merekodkan 741 berbanding 720 semalam.

Hampir semua negeri menambah jumlah kes jangkitan berbanding angka yang direkodkan semalam kecuali Johor, Kedah (seperti di atas) dan Perak 583 kes berbanding 590 semalam.

Negeri Sembilan merekodkan 669 berbanding 452 semalam, Melaka 674 (373), Pulau Pinang 618 (402), Kelantan 592 (346),Sarawak 405 (356), Pahang 403 (386),

Terengganu 317 (245) Wilayah Persekutuan Putrajaya 122 dan Wilayah Persekutuan Labuan 11 (8).

Perlis pula merekodkan dua kes, sama seperti semalam 

Related posts

Leave a Comment