Kes di Brunei Darussalam kini 333

BANDAR SERI BEGAWAN 27 Julai  Kementerian Kesihatan melaporkan 12 lagi kes  import Covid-19 tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 333 orang.

Sepuluh daripada kes baharu itu adalah merupakan sebahagian daripada 15 kontak terdekat bagi Kes 306, 307 dan 308 yang dilaporkan pada 20 Julai 2021.

Kesemua mereka, lelaki adalah merupakan anak kapal bagi sebuah kapal laut yang telah meninggalkan Singapura pada 4 Julai 2021 dan tiba di Brunei Darussalam pada 9 Julai 2021.

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa setakat ini, Brunei Darussalam mencatatkan 446 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan Covid-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

Setakat ini juga sebanyak 192 kes import dicatatkan, iaitu sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan.

Sebanyak 60 kes aktif menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan satu kes yang sedang dirawat di pusat berkenaan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan manakala selebihnya adalah dalam keadaan yang baik. 

Satu lagi  kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini meningkat kepada 270 orang.

Mengenai vaksinasi, seramai 1,224 menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 25 Julai 2021 manakala seramai 122,390 (27.2 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 23,337 iaitu kira-kira 5.1 peratus pula menerima dua dos suntikan vaksin manakala 20,864 warga emas menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Related posts

Leave a Comment