Singapura lapor tiga kes baharu

SINGAPURA 27 Julai – Singapura melaporkan 139 kes baharu Covid-19 meliputi 136 kes dalam masyarakat dan tiga kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 64,453 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 36 kes dalam masyarakat dikaitkan dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong dan dua lagi berhubung kait dengan kluster KTV.

Dalam kalangan kes baharu  itu, 59 berhubung kait dengan kes-kes sebelum ini dan telah dikenakan kuarantin manakala 22 lagi dikesan menerusi ujian pemantauan.

Baki 55 jangkitan tiada hubung kait dengan mana-mana kes sebelum ini.

Dalam kenyataannya, MoH menyatakan, tiga daripada kes baharu itu adalah mereka yang berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi, atau hanya menerima satu dos vaksin dan berisiko sakit teruk.

Setakat petang ini juga, terdapat 894 kes yang dikaitkan dengan kluster  Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar & Pusat Makanan Hong Lim yang masih merupakan kelompok aktif paling besar di negara ini.

Sementara itu, dua daripada tiga  kes import dikesan sejurus tiba di negara ini manakala seorang lagi jatuh sakit sewaktu tempoh SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment