56.3 peratus kes kategori 1

PUTRAJAYA 27 Julai – Daripada 16,117 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak87 kes, 0.5 peratus (95.4% kes tiada sejarah vaksinasi) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan).

Sebanyak 124 kes, 0.8 peratus (83.9% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) dan 135 kes, 0.8 peratus (73.3% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 3 (radang paru-paru)

Ketua pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 6,710 kes, 41.6 peratus (79.5% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 2 (bergejala ringan); dan 9,061 kes, 56.3 peratus (94.4% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 1 (tidak bergejala).

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa Covid-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Sementara itu jumlah kematian yang direkodkan adalah sebanyak 207 kes sama dengan jumlah tertinggi yang dicatatkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kini mencecah 8,408.

Sebanyak 96 kematian dilaporkan di Selangor, 34 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 21 kes di Johor, 17 kes di Melaka, 15 kes di Kedah, tujuh kes di Negeri Sembilan, lima di Kelantan, masing-masing tiga kes di Sabah dan Terengganu, masing-masing dua di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara itu sebanyak 11,526 kes sembuh dilaporkan  menjadikan jumlah kumulatifnya kini 865,439 kes.

Sejumlah 1,023 kes melibatkan Unit Rawatan Rapi (ICU) dicatatkan dengan 524 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment