118 lagi kematian di Thailand

BANGKOK 27 Julai – Selepas merekodkan 15,376 kes, rekod tertinggi semalam, Thailand hari ini melaporkan 14,150 kes jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 526,828 kes.

Bagaimanapun jumlah kematian menunjukkan peningkatan dengan 118 lagi meninggal dunia berbanding 87 orang semalam yang membawa kepada jumlah kumulatif 4,170 kematian.

Daripada 14,150 kes baharu itu, sebanyak 13,905 kes (termasuk 39 kes import) melibatkan penduduk awam dan 245 lagi melibatkan banduan penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian yang dilaporkan melibatkan mereka yang berusia antara 25 hingga 96 tahun yang terdiri daripada 115 warga Thai, dan setiap seorang dari Myanmar, Kemboja dan India.

Bangkok merekodkan 40 kematian, Nonthaburi 20, sembilan di Nakhon Pathom; lima di Suphan Buri; masing-masing empat di Narathiwat, Pattani, Phetchaburi dan Chon Buri; masing-masing tiga di Pathum Thani dan Kamphaeng Phet.

Dua kematian masing-masing di Kalasin, Nakhon Sawan, Ayutthaya dan Nakhon Nayok; dan setiap satu di Samut Sakhon, Samut Prakan, Yala, Songkhla, Trang, Nakhon Ratchasima, Si Sa Ket, Sakon Nakhon, Chiang Mai, Sukhothai, Chachoengsao, Ratchaburi, Samut Songkhram dan Saraburi.

Sementara itu Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,635, diikuti 1,092 kes di Samut Sakhon, 884 di Chon Buri, 719 Samut Prakan, 536 Nonthaburi, 486 Chachoengsao, 314 Rayong, 301 Pathum Thani, 289 Ubon Ratchathani dan 279 di Sa Kaeo.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Myanmar (18), Kemboja (10), Malaysia (4), Afrika Selatan (1), Qatar (1), Jerman (2), Emiriyah Arab Bersatu (1), Amerika Syarikat (1) dan Jepun (1), 

Sementara itu, 9,168 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 350,643 orang pulih manakala 171,921 orang sedang menerima rawatan dan 954 memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment