7,186 kes baharu Filipina

MANILA 27 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 7,186 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,562,420 kes.

Setakat pukul 4 petang ini juga, 72 lagi pesakit berkaitan Covid-19 meninggal dunia yang membawa kepada peningkatan kes kematian sebanyak 27,318.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh terus meningkat kepada 1,478,625 orang atau 94.6 peratus selepas 5,672 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Kes aktif pula sebanyak 56,627 atau 3.6 peratus.

Related posts

Leave a Comment