2,069 kematian tertinggi Indonesia

JAKARTA 27 Julai – Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat Covid-19, selepas merekodkan 2,069 kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 86,835 orang.

Sebelum ini, angka tertinggi kematian dilaporkan pada 23 Julai lalu iaitu sebanyak 1,566 orang.

Menurut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu 417 kematian, diikuti Jawa Timur (354), Jawa Barat (309), Jakarta (184), Yogyakarta 104, Kalimantan Timur 60 dan selebihnya di provinsi lain.

Kes baharu Covid-19 di Indonesia direkodkan sebanyak 45,203 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 3,239,936 kes, dengan sebanyak 556,281 pesakit aktif (dirawat).

Related posts

Leave a Comment