Kes sembuh Indonesia 1,047,676

JAKARTA 17 Feb. – Kes pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh di Indonesia kini melebihi satu juta apabila 8,002 lagi orang pulih yang menjadikan jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 1,047,676 atau 84.2 peratus.

Lima wilayah yang menunjukkan peningkatan kes sembuh adalah Jawa Barat sebanyak 2,703 orang diikuti Jakarta 2,099, Jawa Timur 597, Kalimantan Timur 414  dan Yogyakarta 244 orang.

Bagaimanapun jumlah pesakit positif Covid-19 kini mencecah 1,243,646 selepas 9,687 lagi kes baharu dilaporkan manakala kes aktif juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1,493 yang membawa kepada jumlah 162,182 kes.

Bagi kes positif harian,  Jawa Barat menambah 4,124 kes diikuti Jakarta 1,445,

Jawa Tengah 869, Jawa Timur 580 dan Kalimantan Timur 452 kes.

Jumlah pesakit meninggal dunia terus meningkat selepas 192 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 33,788 orang atau 2.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Lima wilayah yang mencatatkan kes tertinggi adalah Jakarta 47 kes, Jawa Tengah 43, Jawa Timur 34, Bali 12 dan Yogyakarta 10 kes.

Sementara itu, penerima vaksin di Indonesia meningkat menjadi 1.149.939 orang selepas 28,976 lagi menerima vaksin itu. Bagi penerima vaksin kedua bertambah 60.181 menjadi 597.328 orang.

Related posts

Leave a Comment