1,142 kes jangkitan di Arab Saudi

RIYADH 21 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,142 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 513,284. Menurut Kementerian Kesihatan, 12 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,115 kes. Sebanyak 1,024 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 494,264 orang. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 302, diikuti Makkah 188, Timur 176 dan Asir 143 kes. Sebanyak 10,905 kes masih aktif dan 1,374 dalam keadaan kritikal.

Read More

Kes kematian harian tertinggi

PUTRAJAYA 21 Julai – Malaysia mencatatkan 199 kematian, kes harian tertinggi sejak pandemik ini melanda negara sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian Covid-19 meningkat kepada 7,440 orang. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan kematian tertinggi iaitu 84 orang, Kuala Lumpur 57, Melaka 16, Kedah 12, Negeri Sembilan 7, Johor 6, Pahang 6, dan Terengganu 3, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan masing-masing merekodkan dua kes dan  masing-masing satu kes di Sabah dan Sarawak. Jumlah individu yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini 927 orang dengan 459 daripadanya memerlukan alat bantuan…

Read More

Satu kes varian Delta di Sibu

KUCHING 21 Julai – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu mendedahkan satu kes melibatkan varian Delta yang dikesan di bahagian itu melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia. Penyelaras JPBB Sibu, Dr Annuar Rapaee berkata, kes tiba ke Sarawak pada 5 Julai lalu dan dirujuk ke Hospital Sibu pada 7 Julai selepas mempunyai simptom. “Saringan awal menunjukkan kes dijangkiti varian Delta Covid-19 dan sample dihantar ke Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS pada 12 Julai untuk pengesanan serta pengesahan,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu. Jelas Dr Annuar…

Read More

Empat lokaliti dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR 21 Julai – Empat lokalitil  tiga daripadanya di Pahang dan satu di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat 23 Julai hingga 5 Ogos depan. Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata empat lokaliti itu ialah Taman Merpati, Sandakan, Sabah; dan tiga di Pahang iaitu Felda Jengka 12, Jerantut; Kampung Belangkap, Rompin dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub. Selain itu, beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut bersetuju menamatkan PKPD di tujuh lokaliti di Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sabah, berkuat kuasa esok. Lokaliti…

Read More

Selangor, KL terus mendahului

PUTRAJAYA 21 Julai – Selangor dan Kuala Lumour masih mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan kes harian tertinggi seterusnya menjadi penyumbang utama keseluruhan kes harian negeri yang kembali mencecah hampir 12,000 iaitu 11,985. Kedua-dua negeri itu menyumbang 6,724 kes di mana Selangor 5,550 dan Kuala Lumpur 1,174 berbanding semalam masing-masing merekodkan 5,524 dan 1,580. Turut merekodkan kes harian tertinggi adalah Kedah sebanyak 800 kes berbanding 701 semalam, dan Negeri Sembilan merekodkan 745 kes, turun sedikit jika dibandingkan 970 kes semalam. Johor juga mengalami penurunan iaitu 644 berbanding 793 semalam, Sabah 474…

Read More

Singapura lapor 181 kes

SINGAPURA 21 Julai – Berbanding 195 kes semalam, Singapura hari ini melaporkan 181 kes yang melibatkan 179 kes dalam masyarakat dan dua kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan pertambahan itu jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Singapura setakat ini adalah 63,621. Daripada 179 kes baharu dalam kalangan masyarakat itu, sebanyak 130 berkait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong dan lapan lagi ada kaitan dengan kluster KTV. Daripada 179 kes dalam masyarakat hari ini, 80 ada kaitan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikuarantin manakala 69 kes yang ada kaitan dengan kes sebelum…

Read More

Filipina lapor 6,560 kes baharu

MANILA 21 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 6,560 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,524,449. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 32 orang meninggal dunia disebabkan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 26,874 kematian.. Kes sembuh pula meningkat kepada 1,449,579 atau 95.1 peratus termasuk 5,364 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Read More

Kes harian Thailand lepasi 13,000

BANGKOK 21 Julai – Rekod baharu dicatatkan hari ini apabila Thailand merekodkan 13,002 kes jangkitan Covid-19 dengan 108 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes 439,477 dan 3,610 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, 11,953 melibatkan masyarakat awam termasuk 31 kes import dan 1,049 lagi adalah banduan penjara. Sejak gelombang ketiga bermula 1 April lalu, sebanyak 410,614 pesakit Covid-19 direkodkan dan 277,030 dilaporkan sembuh manakala kematian bagi tempoh itu 3,516 orang Dan perangkaan sejak pandemik bermula pula menunjukkan 439,477 kes dengan kes sembuh 304,456 dan kematian pula 3,610. Hari ini 8,248 pesakit…

Read More

4.7 juta lengkap dua dos

PUTRAJAYA 21 Julai- Jumlah penerima dua dos vaksin sehingga 11.59 malam tadi meningkat kepada 4,769,909 orang atau 14.6 peratus populasi rakyat di negara ini. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata seramai 10,301,905 individu telah menerima dos pertama Ini menjadikan jumlah pemberian vaksin itu di seluruh negara mencecah 15,071,814 dos suntikan. “Jumlah ini termasuk suntikan pada Hari Raya Aidiladha semalam iaitu sebanyak 299,593 dos, merangkumi 204,064 individu menerima suntikan pertama dan 95,529 adalah penerima dos kedua,” katanya hari ini. Lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 107,444…

Read More