1,142 kes jangkitan di Arab Saudi

RIYADH 21 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,142 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 513,284.

Menurut Kementerian Kesihatan, 12 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,115 kes.

Sebanyak 1,024 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 494,264 orang.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 302, diikuti Makkah 188, Timur 176 dan Asir 143 kes.

Sebanyak 10,905 kes masih aktif dan 1,374 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment