Selangor, KL terus mendahului

PUTRAJAYA 21 Julai – Selangor dan Kuala Lumour masih mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan kes harian tertinggi seterusnya menjadi penyumbang utama keseluruhan kes harian negeri yang kembali mencecah hampir 12,000 iaitu 11,985.

Kedua-dua negeri itu menyumbang 6,724 kes di mana Selangor 5,550 dan Kuala Lumpur 1,174 berbanding semalam masing-masing merekodkan 5,524 dan 1,580.

Turut merekodkan kes harian tertinggi adalah Kedah sebanyak 800 kes berbanding 701 semalam, dan Negeri Sembilan merekodkan 745 kes, turun sedikit jika dibandingkan 970 kes semalam.

Johor juga mengalami penurunan iaitu 644 berbanding 793 semalam, Sabah 474 (657), Melaka 453 (309), Kelantan 386 (179), Pulau Pinang 362 (460), Perak 274 (295) dan Sarawak 261 (351).

Terengganu pula merekodkan 171 kes, manakala Putrajaya 51, Labuan 35 dan Perlis kekal dengan dua kes.

Related posts

Leave a Comment