Satu kes varian Delta di Sibu

KUCHING 21 Julai – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu mendedahkan satu kes melibatkan varian Delta yang dikesan di bahagian itu melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia.

Penyelaras JPBB Sibu, Dr Annuar Rapaee berkata, kes tiba ke Sarawak pada 5 Julai lalu dan dirujuk ke Hospital Sibu pada 7 Julai selepas mempunyai simptom.

“Saringan awal menunjukkan kes dijangkiti varian Delta Covid-19 dan sample dihantar ke Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS pada 12 Julai untuk pengesanan serta pengesahan,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Jelas Dr Annuar lagi, seorang lagi PATI yang merupakan kontak rapat didapati negatif virus itu.

Bagaimanapun katanya, individu terbabit dirujuk dan perlu menjalani kuarantin ke pusat kuatantin selama 21 hari selain menyerahkan kes itu kepada pihak polis.

Sehubungan itu, Dr Annuar menggesa penduduk Sibu agar sentiasa berwaspada dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Related posts

Leave a Comment